hello awak =)

Do comment anything you want okay.i'm all eyes and heart..=)

Wednesday, August 20, 2014

Refleksi 4

“Beb, kau dengan Epul kenapa?” tanya Mira tiba-tiba sejurus selepas menarik kerusi di sebelah Wejad. Wejad yang tak menyangka akan kedatangan dan soalan Mira itu, terus tertelan gula-gula Eclipse di dalam mulut. Fuh, kecil cenonet je gula-gula tu.

 “Kau tak reti nak bagi salam?” tanya Wejad geram. Dahlah datang tiba-tiba, nasib tak kena serangan jantung. Haila.

 Mira tersengih. “Sorry. Tapi serius ni. Kau dengan Epul dah kenapa?”

 Wejad terdiam. Malas sebenarnya nak menjawab soalan yang tiada jawapan tu.

 Melihat aksi Wejad yang membelek Galaxy Note di tangan, pantas Mira merampasnya. “Weyyyy,”

 “Tak payah nak wey sangat. Jawab soalan aku dulu,” ujar Mira serius.

 Wejad mengeluh. Susah betul dapat kawan dictator macam Mira ni. Tapi kawan ni lah yang aku sayang pun. “Tak ada apa,”

 Mira mengerutkan dahi. “Tak ada apa kau kata? Dah tu, aku dengar minggu lepas korang bergaduh dekat parking kereta kenapa?”

 Tu diaaaaa. Soalan Mira buat Wejad menelan air liur sampai kering. Apa nak jawab ni? Wejad memandang sekeliling kafe. Lengang. Tak ada orang. Biasalah kalau pukul 11 macam ni. Orang tak ramai. Kena pukul 10 ke, 12 ke, kemain ramai manusia. Tak tahulah kenapa orang akan ramai berpusu-pusu ke kafe waktu-waktu jam genap. Mungkin sebab kebanyakan kelas habis waktu tu kot. Yela, selalu lecture dua jam kan. Dah kalau duduk dalam kelas selama dua jam tu, tahu-tahu jelah perut masing-masing. Habis ke kelas, macam piranha semua orang cari makanan. Siapa tak ada kelas waktu ganjil tu kira bernasib baik sangat-sangatlah. Dapat membeli dan makan dengan tenang.

 “Hoi makcik,” sergah Mira bersama cubitan kecil di peha. Boleh dia ni berangan? Choy.

 Wejad tersengih memandang muka geram Mira.

 “Kau tak payah nak sengih-sengih tayang gigi dekat aku eh. Jawab soalan aku cepat,”

 Wejad menghembus nafas kuat. Malasnya nak ceritaaaaaaaaa.

 “Wejad,” rengek Mira. Tak puas hati betul kalau tak tahu cerita sebenar ni.

 Wejad diam.

 “Wejaaaaaad….” Seru Mira lagi.

 Wejad memejamkan mata. Malas ah nak jawab.

 “Nur Waheeda,”

 Pantas Wejad membuka mata. Suara itu. Suara…..

 “Oit Epul,” tegur Mira.

 Ye, suara abangnya. Epul. Wejad menjeling. Kemudiannya buat biasa.

 “Tak ada kelas?” tanya Epul dengan senyuman pada Mira. Wejad dipandang sekilas. Heh, asal jumpa je jelling.

 “Ada kejap lagi. Kau? Baru lepas kelas ke apa?” tanya Mira ramah.

 Epul tersenyum. “Haah. Baru habis ni ha. Law. Mengantuk, lapar dan bosan,”

 Mira tersengih. Wejad mencebik. Lapar konon. Bukan tadi dah sarapan ke kat rumah? Perut beruang.

 “Pul,” Epul mencari gerangan yang memanggil dirinya. Oh, Ikram. Lupa pula yang dia turun bersama Ikram tadi.

 “Aku gerak dululah. Bye,” ujar Epul lantas mendapatkan Ikram.

 Mira memerhatikan Epul dan tersenyum membalas senyuman yang diberikan oleh Ikram, jiran sebelah rumahnya. Sejurus Epul dan Ikram hilang dari pandangan, dia terus memandang Wejad yang sedang khusyuk bermain Candy Crush. Heh?

 “Oit, bila masanya kau ambil balik Note kau tu?” tanya Mira pelik. Rasanya tadi dia pegang handphone Wejad kan?

 “Tadi,” jawab Wejad sepatah. Ah stress. Stress dengan game ni. Rasanya dah berpuluh kali dia cuba hilangkan semua jelly ni, tapi tak jugak lepas-lepas. Lagi-lagi bila dah tinggal satu je jeli, tapi dah tak cukup pergerakan. Sungguh rasa nak hentak handphone.

 “Nur Waheeda. Bak sini handphone tu. Kau takkan lepas punya level ni. Baiklah kau jawab soalan aku,” Mira mengambil handphone di tangan Wejad lantas dimasukkan ke dalam begnya.

 Wejad merungut. “Kau ni, doakanlah aku dapat lepas level tu. Tahu tak dah seminggu lebih aku sangkut dekat level tu?”

 “Ah sangkut tak sangkut. Sekarang aku nak kau ceritakan pada aku apa yang terjadi antara kau dengan Epul. Detail !”

 Wejad membelek jam di tangan. “Hurm, biasa je.”

 “Apa maksud kau biasa je?”

 “Kawan macam biasalah.”

 Mira memegang lengang Wejad. “Kawan je?”

 Wejad mengangguk pasti. Yela, abang tu kira kawanlah kan? Malas nak buka cerita lagi dekat si Mira ni yang dia dengan Epul dah jadi adik beradik tiri. Nanti sure panjang jalan ceritanya. Knowing Mira, dia memang tak suka cerita pendek-pendek ni. Kena duduk satu tempat, buka cerita panjang-panjang kasi tahu semua details baru dia puas hati. Melihatkan jam hampir ke pukul 11 pagi, baiklah tak buka cerita dulu.

 Wejad memandang Mira. “Aku dengan dia kawan macam biasalah. Taka da gaduh-gaduh bagai dikata, Haritu tu dia minta aku tolong dia je. Tak ada apa pun. Dah jom. Kelas dah nak mula. Aku nak naik lif. Kang ramai orang. Aku tak sanggup nak menapak ke tingkat 5 naik tangga,” ujar Wejad lantas terus bangun dan beredar daripada pondok tempat mereka lepak tadi. Mira yang terkedek-kedek kejar daripada belakang dibiarkan.

 “Wejad tunggulah,”







Mira menghantar Wejad dengan ingin tahu. Ada rahsia yang disembunyikan oleh Wejad. Mira tahu itu. Sejurus selepas kereta Wejad keluar daripada kawasan letak kereta, pantas handphone dikeluarkan. Satu nama dicari di dalam contact list.

 “Assalamualaikum,” Salam diberi.

 Mira memandang jam ditangan. “Pukul 5 macam tu jumpa boleh?”

 Setelah mendapat persetujuan, Mira mematikan panggilan. Baru sahaja kakinya hendak bergerak ke kereta, ternampak Epul bersama Ikram. Dari jauh Epul mengangkat tangan manakala Ikram hanya tersenyum. Pantas Mira membalas dengan senyuman.

 “Pasti ada sesuatu,” bisik Mira kepada dirinya sendiri.







Jus manga di dalam gelas diminum perlahan. Otaknya masih ligat memikirkan rahsia disebalik kisah Epul dan Wejad. Macam ada sesuatu terjadi. Tapi apa?

 “Assalamualaikum,”

 Teguran Ikram mematikan lamunan Mira. Pantas senyum ditarik.“Waalaikumussalam. Duduklah,”

 Ikram membalas senyuman Mira. “So?” tanya Ikram lantas dia memanggil pelayan.

 Mira tersengih. “Urm, ni pasal Wejad. Dengan Epul,”

 Ikram memandang gadis di hadapannya. Pelik. Kening dijungkitkan. “Hurm, kenapa dengan dorang?”

 “Abang macam tak nampak ke macam something went wrong dengan dorang tu? Dulu dorang okay je bertegur sapa, makan sekali. Kadang-kadang jumpa dekat kafe pun boleh je nak lepak bergurau sekali. Sekarang ni, masing-masing macam nak lari. Kenapa eh?” tanya Mira laju. Habis semua kemusykilan diluahkan.

 Ikram terdiam. Ada juga dia perasan. Dan dia tahu kenapa. Tapi, takkanlah Mira tak tahu? Bukan ke Mira ni kawan baik segarfu sesudu si Wejad tu? “Hurm, Wejad tak ada bagitahu apa-apa?”

 Geleng. “Tak ada pula. Kenapa? Ada benda yang Mira patut tahu ke?”

 “Oh. Kalau Wejad tak ada bagitahu apa-apa, maknanya Mira tak patut tahulah kot?” usik Ikram. Muka gadis di hadapannya yang mula membuat ‘duck face’ dipandang serentak dihamburkan tawanya. Ingat comel?

 “Abang ni, janganlah main-main. Mira serius ni. Dah kenapa dorang tu?” rengek Mira lantas menyedut jus mangganya rakus. Protes kononnya.

 Ikram tersengih. Jus tembikai disedut sekali menghilangkan rasa haus. “Abang tengok okay je. Kawan je lagi dorang tu. Biasalah, masing-masing busy study kan? Standardlah tu.”

 “Iyeke?” soal Mira curiga.

 Ikram diam. Mira is Mira. Tak adanya dia nak percaya dengan alasan sibuk. Teringat betapa serabutnya Epul semasa menceritakan kisah hidupnya. Dengan family, dengan study, dengan kenangan lama. Kesian.

 “Abang oi,” teguran Mira membawa Ikram ke realiti. Rambut dilurut lembut.

 Ikram tersengih. “Tak ada apalah. Abang tengok okay je dorang berkawan. Mira je fikir lebih ni.”

 Mira mendengus. “Wejad pun cakap gitu.”

 “Ha, dah kalau itu yang Wejad cakap, itulah dia. Mira ni pemikir sangat. Kalau betul Wejad ada masalah, mesti dia akan buka cerita juga nanti.”

 Mira mengeluh. Memanglah Wejad akan buka cerita juga. Tapi aku ni bukan seorang yang penyabar. Kalau boleh sekarang juga nak tahu.

 “Sabar okay. Tak ada apa tu.” ujar Ikram lagi.

 “Hurm, tak sabar pun kena sabar juga. Jomlah balik,” balas Mira. Bill dah semestinya Ikram yang bayar. Hehe. Alah, apalah sangat jus manga tu.

 “Mira naik apa? Kereta?”

 Angguk.

 “Itulah, kenapa tak jumpa dekat rumah je. Kan dah membazir minyak, memenatkan badan nak drive sampai sini,”

 “Ala, susah nak sembang dekat rumah tu. Ada je pengacau,” balas Mira. Pengacau tu merujuk kepada adiknya. Asal bersembang dengan Ikram je, mulalah tanduk merah dia keluar. Menyakat. Bukan buat apa pun. Sembang je. Kecoh lebih mamat tu.

 “Adik sendiri juga,” ujar Ikram sesampai mereka di kereta Mira.

 “Memanglah adik sendiri. Tapi abang tu yang manjakan sangat. Makin giatlah dia menyakat Mira,” rungut Mira lantas menarik pintu keretanya. Enjin kereta dihidupkan.

 Ikram tergelak kuat mendengar rungutan Mira. Pintu kereta ditutup rapat. Sejurus selepas Mira memandu keluar, pantas kaki melangkah ke keretanya. Dihidupkan enjin kereta lantas keluar daripada perkarangan letak kereta restoran Kunang-Kunang.


Tuesday, April 15, 2014

Refleksi 3



Lelaki yang memakai specs berjemana Oakley itu dipandang penuh keliru. “Kenapa aku ikut cakap kau eh?”
            Epul tergelak besar. Langsung tak hiraukan orang disekeliling yang memandang. Alah, biarlah orang nak gelak pun. Bukan makan tak bayar.
            Wejad yang makin bertambah geram mendengar tawa besar Epul. Malu dengan orang sekeliling. Ini pun nasib baik mereka duduk di hujung sekali. Kot duduk tengah-tengah alam Wondermilk tu, mahu bertambah-tambah malu.
            “Haih, kenapalah aku ikut cakap kau ni,” keluh Wejad. Serius, dia sendiri tak tahu kenapa dia bersetuju untuk menolong sang lelaki di hadapannya ni. Mungkin sebab rasa serba salah pada malam tu membawa kepada persetujuannya. Haih, patutnya aku buat tak tahu je. Patutnya.
            “Sebab aku abang kau,” jawab Epul tenang. Ralit dia merenung Wejad di hadapannya. Nasib baik pakai shades. Kalau tak habis kantoi.
            “Yeeeeee abang sangat. Sebab abanglah kau buat aku macam ni kan? Huh.” sindir Wejad. Sakit hati mendengar perkataan abang yang keluar daripada mulut Epul. Ingat gelaran abang tu boleh arah orang sesuka hatilah?
            Epul tarik sengih senget.
            Masing-masing diam melayan perasaan sampailah orang yang ditunggu tiba. Epul yang melihat Julia baru melangkah masuk ke dalam restoran cepat-cepat bersuara. “Dia dah datang. Ingat. Berlakon macam tunang aku,”
            Wejad mencebik. Ikut hati nak lari balik je. Tapi nasib baik dalam hati ni ada simpan sikit rasa perikemanusiaan terhadap Saiful Amaan.
            “Hey guys,” sapa Julia dengan gaya gedik mengada-ngadanya. Pantas diambil tempat di sebelah Julia.
            Wejad menjeling geram. Heh, macamlah sebelah aku ni tak ada kerusi. Sebelah lelaki tu juga dia nak menempel. Emang dasar !
            “Hai Julia,” tegur Epul sambil tersenyum manis. Kasanova kelas satu kononnya.
            “Siapa ni?” Tanya Julia sambil menyelitkan shades di atas kepala. Dah tu duk kipas-kipas muka guna tangan. Eleh. Accident ke apa tadi? Lembik semacam je tangan tu.
            Epul tersenyum. “Kenalkan, ni Nur Waheeda. Tunang I,”
            “What?” Tanya Julia agak kuat. Tak hirau dah orang kiri kanan. Kepalanya cepat-cepat berpaling memandang Epul yang duduk relaks memeluk tubuh.
            Hampir tawa Wejad terhambur melihat reaksi Julia. Bukan apa, sikit lagi shades atas kepala dia tu nak jatuh menutup mata. Wejad berdehem. “Yes, I Nur Waheeda. Boleh panggil Wejad. Tunang Saiful,”
            Epul tersenyum senang. Memang hari ini kerja dia nak senyum je rasanya. Sikit-sikit senyum. Lagi-lagi bila tengok lakonan hebat Wejad. Serius cakap, kalau orang tak tahu, sure tak akan perasan yang ini lakonan semata-mata.
            “Apa ni Epul? Bukan I kekasih you ke?” Tanya Julia tak puas hati. Hancur berkecai impian nak hidup bersama seorang Saiful Amaan.
            “I’m so sorry darling. Ini keputusan family I dan juga I sendiri. I tak rasa I boleh hidup dengan you,” ujar Epul tenang.
            Mendengar jawapan Epul, bukan sahaja Julia, Wejad sendiri naik menyirap. Memang betul-betul kasanova, hidung belang, heartbreaker si Saiful Amaan ni. Selamba dia je tanpa rasa serba salah hancurkan hati orang macam tu?
            “You, sampai hati you,” Julia mula teresak kecil.
            Ah sudah. Drama airmata mula dah. Wejad memicit perlahan dahinya. Sungguhlah dia lemah kalau bab airmata meleleh ni.
            “Julia, look at me. I anggap you kawan je. Tak lebih dari tu. Lagipun I dah ada Wejad. Dia yang I akan pilih untuk jadi isteri I nanti.” ujar Epul sambil melirik ke arah Wejad di hadapannya.
            Hampir ternganga Wejad dibuatnya. Memang bodohlah mana-mana perempuan yang jatuh cinta dekat Saiful Amaan ni. Ya bodoh. Nampak sangat kasanovanya sebab bukan sekali Epul menggunakan ayat “I anggap you kawan je. Tak lebih dari itu”. Rasanya kalau couple tu kahwin, ramai dah dekat luar sana bertitle janda kepada Saiful Amaan.
            “I’m sorry okay? Kita masih boleh jadi kawankan?” pujuk Epul. Sambil memegang jari jemari Julia. Pada mulanya Julia diam. Lama kemudian dia membalas. Kemudiannya, entah apa si Epul ni bisik dekat Julia entah. Dapat dilihat Julia tekun mendengar lepas tu tersengih. Pulak dah? Yang membuatkan Wejad rasa nak pitam bila si Julia ni pun angguk je bersetuju. Hoi, tak hancur berderai ke hati kau tu? Senang-senang je terima jadi kawan lepas apa yang si lelaki ni buat dekat kau? Alahai.
            “Come, jom pilih cupcakes. You suka cupcakes kan?” ajak Epul. Julia mengangguk dan pantas bangun daripada kerusi.
            “Oh lupa. Sayang suka red velvet kan? Carrot and tiramisu? Abang beli tu jelah eh?” Tanya Epul laju lantas terus bergerak ke kaunter sebelum sempat Wejad memberi respon. Diikuti Julia yang sempat senyum pada Wejad.
            Wejad di tempat duduk terpinga-pinga. Apa dah jadi ni? Kuasa apa yang ada pada Saiful Amaan sampai macam tu sekali Julia jadinya? Kesiannya wahai perempuan.



“Puas?” Tanya Wejad senada. Epul disebelah dijeling sekilas. Sakit pula hati tengok drama Julia di Wondermilk tadi. Memanglah Julia tu okay je jadi kawan pun, tapi hati ni yang sakit melihat. Rasa macam diperbodohkan pun ada. Kalau dia jadi Julia, memang habis kaki kerusi naik dekat muka Epul ni.
            “Apa?” Tanya Epul selamba.
            “Tak rasa serba salah ke buat perempuan macam tu?” Tanya Wejad serius.
            Epul diam.  Nafas ditarik dalam. “Dah tu nak suruh aku buat macam mana lagi? Aku tak pernah anggap dia lebih daripada seorang kawan. Dia yang fikir kitorang kekasih. Aku cakap yang benar je,”
            Wejad mendengus. “Senangnya cakap. Dah kau usung dia ke hulu ke hilir, beli dia itu ini, perempuan mana yang tak anggap dia kekasih kalau dah kau bagi special treatment macam tu?”
            Epul diam.
            “Aku tak tahulah apa kau dah mandrem si Julia tu. Kau dah hancurkan hati dia pun, dia still boleh terima. Tak waras agaknya dia tu,” tambah Wejad penuh emosi.
            “Tak baik cakap dia macam tu,”
            “Dah tu apa kau buat tu baik sangatlah?” tempelak Wejad. Naik turun dadanya menahan geram. Sungguh dia sendiri tak faham kenapa dia rasa geram sangat. Rasa nak kunyah-kunyah je Epul dekat sebelah ni.
            Epul menjeling Wejad disebelah dengan perasaan berbaur. Lama kemudian dia tersenyum. “Knock knock. Ada orang cemburulah,”
            Mendengar itu, pantas Wejad memetik jarinya di hadapan mata Epul. “Eh hello misthur, tak ada masa orang nak cemburu bagailah.”
            Pantas Epul tergelak kuat. Bertambah kuat bila Wejad mula memeluk tubuh.      
            “Eh, kita tak cakap awak punnnnn…”
            “Shut up and drive.”


Buku hitam yang diberi nama Blacky di dalam laci diambil. Diselak satu persatu. 

Yo Blacky, gua nampak dia harini. Semua pink. Comel. -120507SA

            Diselak lagi.

Blacky, dia pakai warna kita harini. Hitam. -120620SA

            Bibir menarik senyum. Diselak lagi. Terhenti pada helaian yang ada lukisan orang lidi. 

Blacky, harini first time kot gua tegur dia. Romeo memang romeo. Tapi ketar tetap ada bro. Tapi, wa kan macho. Tak adalah tunjuk depan dia. Dan harini wa tahu dah nama dia. Wohoooo. Itu semua sebab kau. Kalau kau tak terjatuh tadi, mesti wa takkan tegur dia. So, yeah thankyouu bro. -120725SA

            Makin mekar senyuman di bibir Epul. Matanya tertangkap sekeping gambar yang terselit dicelah buku. Ditarik keluar perlahan. Gambar curi si dia. Pantas terbit senyuman dibibir Epul. Sungguh dia rindu. Rindu kenangan itu. Kenangan yang hanya tinggal kenangan. Dipandang frame gambar di atas meja. Epul mengeluh untuk kesekian kalinya.
            Jarinya menyelak Blacky mencari helaian kosong. Lantas pen dicapai dan bersedia untuk menyusun kata hati meluahkan rasa.

Kau tahu Blacky, hati gua rasa sakit. Rasa bersalah pada Julia. Bukan niat wa nak buat dia macam tu. Tapi wa tak boleh. Hati gua tak bersedia. Hati gua masih ada pada ‘dia’. Dan mungkin selama-lamanya untuk dia. Sebab Romeo macam gua ni, sekali jatuh, selamanya jatuh. Tak bangun dah untuk orang lain. Haha. Kau tahukan siapa? Gua rindu dia bro. Serius rindu. Ah, kau nak gelak, gelak la. -100713SA

            Blacky ditutup rapat. Diletak kembali ke dalam laci. Kaki melangkah ke balkoni bilik yang menghadap swimming pool di dalam rumah. Tangan didepa, mata dipejam dan udara segar dihirup kuat. Segar ! Mata dibuka semula dan tepat memandang kolam renang.
            Bibirnya bergerak menutur kata. Cukup perlahan. Sampaikan hanya hatinya yang mendengar. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Lantas kaki dibawa masuk ke dalam bilik, meninggalkan keluhan yang tidak berkesudahan.


Wejad yang terasa seperti dirinya diperhatikan, pantas berpaling memandang ke atas. Beranda bilik Epul. Tapi orangnya tiada. Yang ada hanya langsir yang berkibar. Ditiup angin mungkin. Nak kata macam ada orang, macam tak. Tak tahulah kalau-kalau Epul ada menyorok di sebalik langsir. Lagipun, specs tak pakai. Susah kalau orang rabun ni. Haih, untuk adik-adik, jaga mata anda okay. Bila dah rabun macam akak ni, susah. Nak tenung orang pun nampak tak nampak je. Rugi besar tahu?
            Wejad kembali dengan Pinky di tangan. Diari pink inilah yang menjadi kesayangannya. Sekali hilang, mahu meroyan. Entah kenapa hari ini terasa macam nak bersesi memory lane. Lantas tangannya menyelak helaian satu persatu. Terhenti pada tarikh setahun yang lepas. 

200512,
I saw him today. In blue black stripe shirt with blue tie. 

            Senyum tipis terbit dipinggir bibir. Jari kembali lincah menyelak helaian seterusnya.

270712,
Oh, aku lupa nak cerita. Aku bercakap, bersembang dengan dia ! Heeeeeee teruja tak? 

            Wejad menggeleng kepala membaca apa yang ditulis. Malu. Rasa nak padam balik apa yang dia tulis. “Aku ke yang tulis semua ni? Apa kes bebudak sangat?”
            Diselak lagi Pinky sampai ke muka surat yang ada terselit sekeping gambar. Dipejam mata sekejap. Mengenang kembali situasi di saat gambar ini ditangkap. Bibir menarik sengih. Sengih tanpa perisa.

130113,
My heart hurt. But, sokay. Aku kan kuat. Cheers !

            Dihembus nafas perlahan. Wejad memegang dadanya. Ditepuk perlahan beberapa kali. Sakit. Sungguh tak tipu. Pen yang terselit di celah buku pink, ditarik keluar lantas jari runcingnya laju menulis di halaman kosong tanpa warna. 

100713,
 Kenapa makin aku buang jauh perasaan ni, makin kuat dia terpahat dalam hati? Why oh why?